Thursday, July 21, 2005

Window XP - 23 Aplikasi Tersembunyi

Pernahkah anda terfikir bahawa Window XP mempunyai aplikasi tersembunyi, khas bagi mereka yang masih rabun.

untuk membuka aplikasi ini, pergi ke Start > Run kemudian taip:
  • Character Map = charmap.exe (sangat berguna untuk mencari special character such as ½, ©, dll)
  • Disk Cleanup = cleanmgr.exe
  • Clipboard Viewer = clipbrd.exe (lihat apa yang anda copy menggunakan Ctrl+C or Copy)
  • r Watson = drwtsn32.exe (troubleshooting tool)
  • DirectX diagnosis = dxdiag.exe (untuk menganalisis masalah mengenai kad video ataupun kad suara)
  • Private character editor = eudcedit.exe (membolehkan ubah character ataupun mencipta baru)
  • IExpress Wizard = iexpress.exe (Create self-extracting / self-installing package) - Mcm Winzip la kirenya
  • Microsoft Synchronization Manager = mobsync.exe (appears to allow synchronization of files on the network for when working offline. Apparently undocumented).
  • Windows Media Player 5.1 = mplay32.exe (Retro version of Media Player, very basic).
  • ODBC Data Source Administrator = odbcad32.exe (something to do with databases)
  • Object Packager = packager.exe (to do with packaging objects for insertion in files, appears to have comprehensive help files).
  • System Monitor = perfmon.exe (very useful, highly configurable tool, tells you everything you ever wanted to know about any aspect of PC performance, for uber-geeks only )
  • Program Manager = progman.exe (Legacy Windows 3.x desktop shell).
  • Remote Access phone book = rasphone.exe (documentation is virtually non-existant).
  • Registry Editor = regedt32.exe [juga regedit.exe] (untuk hacking Windows Registry).
  • Network shared folder wizard = shrpubw.exe (membuat shared folders dalam rangkaian).
  • File signature verification tool = sigverif.exe
  • Volume Control = sndvol32.exe (Saya sertakan ini untuk mereka yang hilang sound control di System Notification area).
  • System Configuration Editor = sysedit.exe (ubah System.ini & Win.ini seperti Win98!)
  • Syskey = syskey.exe
  • Microsoft Telnet Client = telnet.exe
  • Driver Verifier Manager = verifier.exe (Monitor tindakan driver. Amat berguna untuk pengguna yang mempunyai masalah driver).
  • Windows for Workgroups Chat = winchat.exe (NT utiliti membolehkan anda berbual dalam rangkaian LAN).

Nota: Source: Bizhat Forum

Sumber : http://emptyspace.bizhat.com/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=1

Guru..keje senang ke?

Sajak. tp leh kata cam seloka gak..

ada orang kata cikgu ni keje senang,
kul 1 dah boleh balik

ada orang kata cikgu ni keje senang,
masuk kelas.. bebel2 skit. lepas tu kuar

ada orang kata cikgu ni keje senang,
leh marah sesuka hati kepada budak

ada orang kata cikgu ni keje senang,
keje rileks. tak pening kepala..

ada orang kata cikgu ni keje senang,
banyak rileks dari wak keje..

ada orang kata cikgu ni keje senang,
banyak cuti dari bekerja.

cuti sekolah lah
tp orang tak tau..
memang balik kul 1,
tp biasa lepas tu ada aktiviti ko kurikulum
malam lak ngajar kelas tambahan
kekadang takde masa untuk diri sendiri.

orang tak tau..
masuk kelas bukan camtu je
sebelum masuk wak persediaan dulu

orang tak tau..
kena marah di cikgu mula merajuk
tp dia tak fikir kenapa dia kena marah
orang lain tak kena marah..
cikgu bukan gile nak marah sesuka hati..
kang tak pasal-pasal kena saman di mak ayah

orang tak tau..
cikgu bukan keje rileks
abih kelas wak keje lain,
kerja perkeranian,
isi data budak la,
tulis surat la,
antar budak gi pertandingan la
tanda buku latihan budak la..

orang tak tau..
budak cuti..
cikgu kekadang kena di sekolah gak
wak keje..
sebab dah ada peraturan .

guru besar leh panggil guru bertugas 2/3 dari cuti..
kena ngajar kelas tambahan gak masa cuti.
tu org tak tau..

orang tak tau...
cikgu dah pening kepala
bukan layan karenah budak
tp duk layan karenah mak bapak
suka sangat masuk campur

orang tak tau...
camne perangai anak dia kat sekolah..
tp yang disalahkan cuma cikgu

orang tak tau ..
cikgu ni moto dia ada satu je

saya yang menurut perintah

orang tak tau..

hargailah pergorbanan seorang insan bergelar guru..

Sumber : http://forum.cari.com.my
Te-Rang

Pada satu hari Cilapot(nama orang)pergi jalan-jalan pada waktu malam.tiba-tiba dia terserempak dengan seorang nenek di bawah lampu jalan yang TERANG.dia melihat perwatakan nenek yang semacam.seolah-olah mencari sesuatu di kawasan bawah lampu itu.dia bertanya kepada nenek tersebut "nenek,nenek cari apa disini?".nenek itu berkata "nenek cari cincin nenek.jatuh tadi...".oleh kerana kesian dengan nenek tu, Cilapot pun tolong carikan.Cilapot bertanya lagi pada nenek "nek,cincin nenek jatuh kat mana?". nenek memandang jauh ke sana(tempat gelap).dia pun cakap kat sana tu haa...", jawap nenek."ya Rabbi, yang nenek cari kat sini naper?"tanya Cilapot lagi."kat sini TERANG cu,boleh nampak.kat sana tu gelap tak nampak". dengan penuh kesabaran Cilapot cuba bersabar.sabar, sabar...sabar gi jumpa sabariah la...

Sumber : http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=168950&fpage=1
Mudahnya BAHASA INGGERIS

Seorang anak baru saja tamat pengajiannya di luar negara.Setelah pulang ke Malaysia,ayahnya cuba menguji kemampuan anaknya berbahasa inggeris.Dia pun mula bertanya kepada anaknya:

Ayah:"Buku dalam BI apa?"
Anak:"De buk"(the book).
Ayah:"Pena dalam BI apa?"
Anak:"De pen"(The Pen).

Lantas, ayahnya berfikir bahawa BI adalah senang.Setiap benda dalam BM bila diterjemah ke BI mesti ada'de' dan perkataan berikut dipendekkan. Keesokan harinya,ayahnyabertemu dengan seorang raka sebaya di kedai kopi.

Ayah:"Aku dah boleh cakap orang putihlah".
Rakan:Iye ke?Cuba engkau cakap 'kambing makan umput'dalam bahasa orang putih".
Ayah:"De kam de mak de rum".

hahaaha.. care to comment 'bout this?
Find Out Your Islamic Birthday

Muharram:
Seorang yang pendiam, sihat pemikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan sempurna, walaupun begitu jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.

Safar:
Tabiatnya buruk. Tidak suka mengakui kesalahanya. Ibu bapanya perlu mendidiknya untuk menghilangkan tabiat itu, jika tidak kehidupannya menjadi susah. Walaupunbegitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ia akan mendatangkan hasil.

RabiulAwal:
Perwatakannya baik, mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga dalam pekerjaan, ramai yang menyenanginya. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras, dan mudah marah.

RabiulAkhir:
Perwatakanya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupan menjadi sukar kerana tabiat buruknya. Ibu bapanya menempuh kesukaran dalam mendidiknya.

JamadilAwal:
Dia mempunyai tingkat keyakinan diri yang tinggi. Berani dan nekad. Kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya. Walau begitu, keberanian dan tekadnya akan menunjukan hasil usahanya, kadangkala menemui kegagalan juga .

JamadilAkhir:
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai kepandaian ada padanya. Bila dia tahu dia salah atau keliru, dia mudah mengakuinya, bila dia tahu dia benar, pendirianya keras tidak mahu mengalah. Semasa kecil ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agak terserlah sifat-sifat yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.

Rejab:
Semasa kecil dia degil dan nakal. Ibubapanya patut mendidik dengan baik agar dapat menerapkan nilai-nilai yang baik. Ketika dewasa, dia suka bersikap merendahkan diri dan tidak tahu menahu. Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa .

Syaaban:
Perwatakanya baik, hidup selamat rezekinya tidak putus-putus. Waktu kecil mudah mengalah bila bermain dengan kawan-kawan. Kelakuan baik, berbudi bahasa hingga semua orang suka kepadanya. Masa dewasa ia akan berjaya dalam segala dalam kerjayanya dan mudah mendapat rezeki .

Ramadhan:
Dia baik, pendiam, suka merendahkan diri. Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenali. Tidak suka membanggakan dirinya dan kehidupannya selalu selamat.

Syawal:
Perwatakan keras. Hatinya keras. Tidak suka dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan kehidupannya, oleh itu ibu bapa perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya, jika tidak, kehidupanya menjadi susah kerana perangai keras hatinya dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.

Zulkaedah:
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk. Dia terlalu banyak berfikir, sifat ini akan membuahkan hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana terlalu banyak berfikir, dia kadangkala menjadi keliru. Seharusnya dia bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Zulhijah:
Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika dia baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri. Dia sukar mengawal perasaanya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. Oleh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah,dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatanya. Dia seringkali menyesal kerana kurang pertimbangan.

Sumber : http://kaki-online.net

Wednesday, July 20, 2005


Buat yang Teristimewa...


Dirimu terlalu istimewa buat seorang lelaki,agama dan alam sekitar... tidak diduga,kesanggupanmu lahir di dunia telah menyinari pelusuk kesabaran dan kelembutan...adakah engakau tahu,di manakah istimewanya dirimu?inilah kurniaan Allah swt terhadapmu...:


1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda: "Ibu lebih penyayang daripada bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .A.S


5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.


6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.


7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.


8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).


12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W "Ibunya."


13. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


14. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


15. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T


16. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


saksikannya wahai wanita,terlalu besar ganjaran yang Allah swt kurniakan kepadamu...moga dirimu di kalangan hamba-hambaNya yang bersyukur dan bersabar:)masih banyak lagi kurniaan buatmu..

Tuesday, July 19, 2005

KENAPA AKU TIDAK MENDAPATKAN APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?
Surah Al-Baqarah ayat 216
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amatburuk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Surah Al-Baqarah ayat 286
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengankesanggupannya

RASA FRUSTASI?
Surah Al-Imran ayat 139
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Imran ayat 200
Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlahkesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu)dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Surah Al-Baqarah ayat 45
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dansesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagiorang-orang yang khusyu'

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Surah At-Taubah ayat 111
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diridan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Surah At-Taubah ayat 129
Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Ilah selain Dia. Hanyakepada-Nya aku bertawakal

AKU TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
Surah Yusuf ayat 87
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyatiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir

HORMAT
Surah An-Nisaa' ayat 86
Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslahpenghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yangserupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu
Bismillah..........hirohma...nir'roh himm.....

"Innaa'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

RAHSIA SURAL-KAUTSAR

Surah Al-KautsarSurah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu.