Tuesday, November 27, 2007

Minggu ni keje America shift lagi.. Argghh.. Kene berperang dengan mata lagi.. Biasanya bila keje America shift, saya akan berpuasa kerana saya akan tido sepanjang hari.. Celik2 mata, bangun utk Zohor dan kemudian lentok balik.. Tup2.. Tersedar untuk Asar pulak.. and lentok balik.. haha.. Memang bad habit.. Tapi, nak wat cemana ? Kalo tak, masa keje mengantuk.. Lagi parah, kan? Bukankah kerja itu adalah 1 ibadah, jika kita tak boleh fokus di tempat kerja, maka kita telah mengabaikan tanggungjawab kita..

Tapi, hari ni.. Masa tido saya agak terganggu kerana temankan abang ke Klinik Gigi.. Saya dapat entitle untuk medical & dental untuk tahun 2007 sebanyak 1+++.. Sayang jugak tak guna duit tu.. Pada awalnya, malas la nak pegi klinik ni sebab saya bukan clinic person.. :P Saya tak suka makan ubat klinik .. ahah.. bau klinik.. segala2nya.. tak suka .. tak suka [you may pronounce like iklan cat tu..kalo tak tau, let me know..].. Tapi, niat untuk kebajikan, terpaksa saya gagahi kaki melangkah masuk ke klinik tu..

Before saya ke klinik gigi tu, saya ada mesej my bestest fren, Puan Ana sebab saya mana tau klinik gigi kat kawasan Kajang ni..

'Ana, ada yellow pages tak kat ofis'
'Takde..'
'Kat rumah ada tak'
'Yang lama ada la.. nape cik wan?'
'Nak mintak tolong Ana carikan phone number Klinik Gigi kawasan Serdang / Bangi / Kajang'
'haha.. ada banyak la cikwan.. Klinik Gigi Lisa Alis depan PKNS Bangi'

Menuruti cadangan Ana, tanpa berlengah2 lagi kami ke Klinik Gigi Lisa Alis.. Wah, tak suka bau klinik.. Uwa.. takpa.. sabar2... Nasib baik ramai patient, hehe.. Means, saya akan datang hari lain... :P So, kami buat pun appointment utk datang hari lain.. Yeay! Tak payah saya duduk lama2 kat klinik tu.. :p Kami terus keluar & menuju ke destinasi lain pulak..

Pusing2 kedai spek mata, hmmm... terpikirkan spek mata Umi.. Haritu katanya spek matanya tertinggal kat JB, so tentu la dia takde spek mata kat Kelate sekarang.. Susah jugak, sebab kuasa kanta matanya agak tinggi.. Umi rabun dekat, bila nak baca Quran kene la pakai spek mata.. Tapi, Umi kat Kelate.. Adehh.. Cemana saya nak buat kat sini? :p Terus saya call my mom

'Assalamualaikum.. Umi, Macam mana spek mata?'
Nape?'
'Tertinggal JB kan?'
'A'ah'
'Susah la nak baca Quran kan'
'Baca slow2.. nampak.. Tp susah la..'
'Ok .. Cantik... Esok Umi pegi Kedai Spek Mata ya.. Buat baru punya..'
'Nape lak? yang tu kan elok lagi'
'Takpa.. present untuk Umi.. hehehe..'
'Hahaha.. Ok.. Esok umi pegi..'

Lega rasanya.. at least.. takde la sia2 duit medical & dental untuk tahun ni... Saya tak pakai spek.. So, tak perlu spek mata ni.. Hmm, tahap kesihatan pun ok aje.. Rasanya, better salurkan kepada mereka yang memerlukan .. :D Saya dah cukup puas hati.. Tak rugi tido tak cukup hari ni... Heheh


Time : 20:00 Tempat : My Cubicle, OFis Saya :P

Bila nak memulakan kerja, saya suka layari site <http://www.iluvislam.com/>.. Banyak info2 ISLAMIC.. Mesejnya mudah difahami.. Sungguh kagum dengan portal ni kerana developernya masih student dan belajar di UK sana.. Jauh di sana, tetapi dakwah yang ingin disebarkan berjaya sampai ke serata ceruk bumi.. Alhamdulillah, semoga usaha kalian diberkati Allah.. Macam biasa la. Saya akan pilih koleksi nasyid untuk didengari.. Harini, saya memilih Fareast_Album Fareast untuk didengari.. Oh, I love their song.. terutamanya ... Bingkisan Rindu... Setiap bait2 liriknya menggamit rindu pada kawan2 lama [SRKRP / SMKAN / UTM].. Terlalu banyak kenangan bersama mereka.. Ada yang masih boleh dihubungi.. Ramai yang dah pun memiliki keluarga sendiri, ada yang telahpun dikurniakan cahayamata.. Alhamdulillah.. I'm glad for u all :D Happy to hear that ..

Lirik Nasyid Bingkisan Rindu

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

Okies... Sambung kerja.. :D Harap2 saya boleh fokus malam ni... Insya Allah...

Saturday, November 24, 2007

Berharta biar beragama

Lama benar tak update my blog ni.. hehe.. And, it's almost 2 years ! Wow... Lama tuh.. Memandangkan ada banyak isu yang ingin dikongsi bersama dan memerlukan teks yang panjang, maka saya membuat keputusan untuk update some info dalam blogspot aje lah.. rather than my fotopages <http://wannoor.fotopages.com/>, I will update as usual but that one more on picture :D Nak membebel banyak2 dalam fotopages tak best sangat coz ianya memang direkabentuk untuk letak picture2..

Anyway, berbalik kepada isu yang ingin dibincang kali ini adalah mengenai.. Pendirian seseorang individu itu.. Biarlah berharta dan kuat pegangan agamanya...

Here is some article I found from my frenz.. Jom kita hayati buat seketika ...

Hidup di dunia lebih selesa, di akhirat juga selamat

''DI dunia, harta benda nadi kehidupan jasmani, manakala agama nadi kehidupan rohani.
Mereka yang tidak berharta kehidupannya serba kekurangan, manakala yang tidak beragama berasa bebas ibarat dunia dan segala isinya mereka punya.


Berharta tetapi tidak beragama menjadikan kehidupan porak-peranda, malah harta orang diragut menjadi hartanya, beragama tetapi tidak berharta pula menyukarkan tanggungjawab memakmurkan bumi. Sebaik-baiknya berharta dan beragama supaya hidup di dunia selesa, akhirat berjaya.

Tidak dinafikan harta adalah keperluan, malah keutamaan dan rebutan manusia yang perlu dicari demi keselesaan hidup tetapi agama tidak seharusnya diketepikan kerana dengan garis panduan agama dapat menguruskan harta pada landasan selamat.

Adalah menjadi sifat semula jadi manusia inginkan harta dan kasihkan harta, malah apabila diikutkan kehendak nafsu makin tidak puas dengan harta.

Firman Allah bermaksud: "Serta kamu pula kasihkan harta secara tamak haloba." (al-Fajr: 20)

Manusia berlumba menjana harta dan mengumpulkannya, sama ada melalui pekerjaan baik atau jahat seperti menipu, mencuri, merompak dan melalui kaedah riba. Harta diperoleh melalui sumber yang baik dipuji dan diredai tetapi cara salah dikeji dan dilaknati.

Harta perlu dicari dan diusahakan mengikut kemampuan kerana dengan harta membolehkan segala urusan disempurnakan termasuk untuk beribadat.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila berlaku kiamat dan di tangan kamu ada sepohon benih pokok kurma, jika dia berkuasa menanamnya janganlah bangkit sehingga menanamnya." (Hadis riwayat Ahmad) Bagi orang beriman, harta tidak lebih sebagai alat yang dipergunakan untuk mencapai kesejahteraan dan keredaan Pencipta tetapi kepada sesetengah yang lain harta ibarat tuan, dipuja setinggi-tingginya sehingga merendahkan martabat insani, malah menenggelamkan terus diri dalam keasyikannya.

Harta bukanlah sesuatu yang jelek seperti dipandang sesetengah pihak, tidak juga sesuatu begitu mulia sehingga dimonopoli pihak tertentu, dijunjung dan diagung-agungkan, sebaliknya harta adalah keperluan untuk kelangsungan hidup semua pihak.

Bagi golongan beriman, mereka gigih mencari harta bukan kerana tamak tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab. Apabila memperolehnya tidak melalaikan diri, sebaliknya semakin ramai mendapat manfaat dari hartanya, tidak sombong dan tidak berbangga.

Andai kecundang mereka dapat bersabar.

Keadaan sebaliknya bagi golongan lain, mereka mengejar harta, kadangkala menggunakan cara bertentangan dengan nilai agama dan masyarakat. Apabila gagal memperolehnya mereka melenting, malah bertindak balas dengan pelbagai angkara dan jika dapat pula meninggi diri, semakin sayang kepada harta dan kedekut.

Jika diperhatikan di sesetengah tempat, orang berharta bertambah hartanya dan orang miskin makin tiada harta, malah hendak makan pun terpaksa menonjolkan diri mendapatkan sumbangan ihsan.

Jurang begitu besar di antara dua golongan ini, tetapi di Malaysia tidaklah sebegitu rupa.
Islam melarang cara jahat mendapatkan harta. Riba jelas dilarang walaupun dipuji dan diperlukan sesetengah pihak, penipuan bukan saja satu kesalahan tetapi dikeji, manakala mencuri, meragut dan merompak adalah tabiat buruk menyusahkan orang lain.
Dalam pencarian harta, banyak jalan yang baik boleh dicuba dan diusahakan. Sekiranya disingkap kehidupan generasi dulu, ketika sains dan teknologi baru seperti komputer belum muncul, mereka masih mampu memperoleh harta dan hidup senang.


Lihat kisah sahabat nabi seperti Abdul Rahman bin Auf, seorang hartawan yang memiliki banyak haiwan ternakan dan ladang hasil kegigihannya. Ketika itu tiadanya kepelbagaian peluang pekerjaan dan aplikasi secanggih hari ini, tetapi kekayaannya membanggakan umat Islam hingga tercatat dalam lipatan sejarah.

Justeru, mengapa pada zaman serba canggih ini, ada berpendapat tiada jalan untuk mendapatkan harta dan hidup selesa? Mengapa sesetengahnya lebih senang berpeluk tubuh, tidak bekerja atau bekerja sambil lewa malah cepat melatah kononnya dunia ini bukan miliknya? Sesetengahnya pula berpendapat harta dicari belum mencukupi, malah berasakan makin dicari makin tidak mencukupi, sehingga kehidupan hariannya tidak memuaskan hatinya, lalu pihak lain dipersalahkan, manakala diri sendiri tidak pernah dipersalahkan.
Golongan ini beranggapan dirinya tiada kesilapan, sedangkan keadaan sebaliknya kerana harta yang diperoleh digunakan secara tidak cermat, wang dibelanjakan sesuka hati, malah melebihi kemampuan sehingga terpaksa berhutang.


Sepatutnya mereka beringat ketika menggunakan harta. Ibarat kata pepatah ukur baju pada badan sendiri. Islam sentiasa memesan, bersederhana dalam serba-serbi hal keduniaan, termasuk berbelanja supaya hidup tidak diselubungi kekalutan.''

Kata orang, lagi tinggi kedudukan seseorang itu, lagi tunduk dirinya umpama resminya padi..

Dan, prinsip saya.. 'Bila dikurniakan rezeki, manfaatkannya ke arah kebaikan.. Berjimat cermat dan elakkan hutang..'


[I realize that the article is about BERHARTA BIAR BERAGAMA, tapi idea mencurah2 pasal berjimat cermat]

My rutin sejak sekolah lagi, saya suka catat perbelanjaan harian.. budget my expenses.. No wonder, saya memang sentiasa dicalonkan jadi Bendahari Kelab itu ini sejak sekolah rendah lagi.. :P Malah, dari sekolah rendah lagi.. saya memiliki buku expenses dan ianya masih disimpan kemas lagi.. :D Amalan ini saya teruskan hinggalah ke hari ini.. Bukan kedekut, tetapi saya melihat amalan sangat berguna dan membantu saya untuk berjimat cermat.. Saya akan mencatat perbelanjaan harian seboleh mungkin untuk mengelakkan daripada berlaku pembaziran ... dan, kebaikannya.. saya tahu ke mana wang itu dikeluarkan.. ke arah mana .. jalan baik atau jalan yg melekakan..

Dan sekarang pun, perabot + alat2 elektrik utk rumah pun mampu dibeli sikit2.. Ikut KEPERLUAN & budget.. My frenz cakap, 'Wan, gunalah credit card.. Easy Payment'.. Tapi, keputusan saya tetap sama.. Saya tak nak guna kad kredit.. Saya tak nak bebankan diri dengan hutang2 keliling pinggang.. Benar la.. kalo guna kad kredit, semua benda saya boleh beli dalam 1 hari.. dan penuhlah rumah dengan perabot2 & alat2 elektrik... But, saya tak nak pilih jalan mudah itu... Saya rela susah awal2 but senang kemudian.. Malah, boleh elak unsur2 riba .. Tul tak?

Cukuplah hutang PTPTN & JJN 3650 tu.. Bagi saya, sekadar perabot + alat2 elektrik tu boleh dibeli secara cash.. But, kena simpan duit sikit2 la..

Insya Allah, jika ada rezeki bulan ni.. Saya akan dapatkan 1 buah peti sejuk.. Semalam baru survey kat Giant.. Samsung RM580.. haha.. Orait jugak harganya.. May be, saya akan beli esok ... Yeay ! Saya memang suka barang Samsung sbb teknologi dia memang latest2.. Even my dg cam osso product Samsung.. Ok la.. Sambung wat keje.. Dah penat membebel pasal berjimat cermat...